Pengalaman Saya Selepas Perang: Hidup dengan Roh Lapar
Pn. Michiko Uehara
Tarikh Lahir:1935
Tempat Lahir:Bandar Itoman
Pemindahan ke Yanbaru
Ayah saya telah dipanggil untuk berkhidmat dalam Kor Pertahanan sekitar Oktober 1944. Saya pelajar tahun tiga di sekolah rendah kebangsaan pada waktu itu. Kami mempunyai kereta kuda dan dua ekor kuda di rumah. Saya sering naik kereta kuda itu bersama ayah saya, dan kami akan keluar ke ladang kami. Saya melihat ayah saya bekerja dan kadang-kadang membantu ayah. Kenangan indah itu masih bermain-main di fikiran saya. Kemudian, latihan pemindahan dan kehidupan kami di tempat perlindungan pun bermula. Tempat perlindungan itu dipanggil Amansou Gama (gua) dan terletak lebih kurang 3 kilometer jaraknya dari rumah kami di Odo, Itoman. Lebih kurang 200 orang dari kampung kami telah berpindah ke sana. Pada 24 Mac, kami telah menerima notis yang mengarahkan kami supaya berpindah ke Yanbaru (Okinawa utara) pada hari itu kerana tentera laut akan melepaskan tembakan meriam. Saya tidak ingat dengan tepat dari mana datangnya arahan itu. Sekitar jam 9 malam bertarikh 24hb kami berjalan kaki melarikan diri ke Yanbaru dengan membawa beg pakaian dan memikul pelbagai barang lain. Nyawa saya terselamat kerana kami melarikan diri. Kami tujuh orang semuanya. Ibu saya, kami lima orang kanak-kanak dan nenek saya dari belah ibu saya. Mereka yang berpindah telah pergi ke gunung kecil di Kampung Onna, Afuso Nakama. Tempat itu telah disediakan untuk menerima orang yang berpindah. Sewaktu hari itu, kami bersembunyi di tepi jalan untuk mengelak menjadi sasaran bedilan meriam tentera laut. Selepas 9 malam, kami menuju ke kawasan pemindahan. Kami berjalan kaki selama empat hari tiga malam. Semasa kami sampai, Kaki saya bengkak dan dalam keadaan yang sangat teruk.
Daripada pemindahan kepada penahanan
Tempat penahanan kami juga terletak di Kampung Onna, Afuso Nakama. Tiga orang askar Amerika yang bersenjata sedang meninjau kawasan sekitar. Pada waktu itu, kami tinggal di teratak pemindahan. Kelompok orang perempuan dan ibu berumur lingkungan 30-an atau 40-an muda dan cantik, dan telah diberitahu bahawa mereka akan dirogol oleh askar Amerika. Jadi, mereka akan lumurkan muka mereka dengan jelaga hitam dari periuk yang dipanggil Nabinuhingu dan mengusutkan rambut mereka
supaya mereka nampak tua dan mendukung kanak-kanak di belakang badan atau di lengan mereka. Semua kanak-kanak diarahkan duduk di bahagian depan teratak. Satu hari, askar Amerika mendekati teratak kami, dengan senapang mereka yang diacukan ke arah kami. Kemudian, secara tiba-tiba mereka memberikan gula-gula kepada kami dan kanak-kanak akan “Tuibaku” atau berebut untuk mendapatkan gula-gula itu. Kanak-kanak sangat gembira, tetapi seseorang dari belakang teratak telah berteriak, “Ia beracun. Mereka beri gula-gula beracun untuk bunuh kamu. Jangan makan!” Kanak-kanak terkejut, jadi, mereka segera membuang semua gula-gula itu. Salah seorang askar Amerika yang boleh memahami bahasa kami berkata, “Jangan bimbang,” dan memakan salah satu gula-gula itu di hadapan kami. Mereka beritahu kami, “Ada banyak air dan makanan, jadi jangan risau.” Selepas berkata begitu, mereka memberi kanak-kanak banyak gula-gula.
Keesokan harinya, empat atau lima orang askar Amerika kembali dan kami telah ditahan sebagai tahanan perang. Daripada menggunakan kord atau tali, mereka sebaliknya menggunakan rumput pampas diikat menjadi tali yang panjang. Ia disambungkan lebih kurang dua meter jarak, dan disambungkan dengan bom tangan. Kami dilarang menyentuh bom tangan ini kerana ia berbahaya dan kami tidak sepatutnya cuba melarikan diri. Kami berjalan menuju ke kawasan terbuka di kaki gunung. Kami berjalan kaki selama lebih kurang sejam kerana kami menuruni gunung itu secara perlahan-lahan. Di ruang terbuka, kami diarahkan duduk dan mereka menyembur DDT (racun serangga) dalam bentuk serbuk putih. Budak lelaki dibogelkan di bahagian atas pinggang dan disembur dengan DDT dari kepala hingga bawah. Rambut budak perempuan penuh dengan kutu, jadi semua rambut kami telah dinyahjangkitkan dengan DDT. Semua objek tajam milik kami telah dirampas dan kemudian, mereka memasukkan kami ke atas trak.
Kehidupan di kem tahanan Ishikawa
Mereka telah membawa kami ke Kem Tahanan Ishikawa. Kem Tahanan Ishikawa sangat besar. Ia dikelilingi dengan jaring kawat yang diperbuat daripada barasen (kawat duri). Terdapat beberapa baris khemah, setiap khemah tidak dikhususkan untuk satu isi rumah. Tiada alas biru untuk berbaring di atas tanah, hanya tanah yang berlumpur. Ia sekadar cukup untuk berteduh daripada hujan. Dua atau tiga keluarga diletakkan di dalam sebuah khemah. Permukaan tanah di dalam khemah berselerak dengan lumpur. Kami tidak mampu duduk begitu sahaja di atas tanah memandangkan kami tiada alas biru atau apa-apa untuk menutup tanah. Kami memotong sendiri atap Jerami dan meletakkannya di atas tanah. Di sana, kami dapat melegakan diri buat sementara waktu.
Kemudian, kami diarahkan supaya berkumpul dan menerima bekalan makanan dan bekalan lain. Kemudian, saya mendapat tahu selepas perang, kami telah menerima bekalan makanan perang untuk askar Amerika. Bekalan makanan itu telah ditinkan dan macam-macam makanan ada di dalamnya. Makanan seperti susu tepung dan juga keju. Kami tiada bekas, jadi kami menadah makanan itu menggunakan tangan dan membawa sebanyak mungkin yang mampu sebelum pulang ke khemah kami.
Pada waktu itu, budak lelaki banyak berbakti kepada ibu bapa mereka. Pelajar sekolah menengah rendah telah bekerja sangat kuat pada masa itu. Selepas budak lelaki menerima bekalan makanan, mereka akan membawa bekalan makanan itu kepada orang tua dan ibu-ibu, kemudian beratur panjang sekali lagi untuk mendapatkan lebih banyak bekalan makanan. Mereka nampaknya menjaga keluarga mereka menggantikan ayah mereka.
Pulang ke rumah dari kem
Kami telah ditempatkan semula dari Kem Tahanan Ishikawa ke kem di Pantai Nashiro, Itoman. Kami berada di Ishikawa selama lebih kurang setahun dan di Pantai Nashiro selama lebih kurang setahun setengah. Kemudian, kami ditempatkan semula ke Komesu/Odo. Di petempatan semula ketiga kami, kami kembali ke kampung halaman. Saya tinggal di sebuah rumah bukan sahaja bersama keluarga saya, tetapi bersama tiga keluarga lain. Kami telah membina unit rumah yang dipanggil “dua kali empat” dan tiga keluarga tinggal di sana. Semua rumah di kampung halaman saya telah musnah dan terbakar sepenuhnya. Rumah standard 2×4 “Dua kali empat” telah dibina secara beransur-ansur satu di sini dan kemudian, satu lagi di sana. Kami menunggu di Pantai Nashiro sehingga rumah standard siap dibina. Sebaik sahaja rumah itu sedia untuk didiami, keputusan keluarga yang akan berpindah telah dibuat
dan keluarga itu akan berpindah ke rumah baharu.
Terdapat juga sebuah tapak pelupusan sampah untuk askar Amerika berhampiran petempatan kami. Apabila mereka membuang sampah, kami akan berlari dan mengutip barang buangan seperti selimut, pakaian seragam tentera dan cebisan payung terjun. Kami bawa pulang barang yang kami kutip umpama “trofi perang”. Tin yang mengandungi sisa makanan juga ada dalam sampah. Kami akan membawa pulang apa saja yang boleh dimakan, kemudian kami menambah sayur dan memakannya.
Kehidupan sekolah selepas perang
Kami belajar di dalam bilik darjah yang menyedihkan, di atas tanah yang kotor dengan kepingan timah dan atap Jerami. Tiada meja atau papan hitam, dan kami mencatatkan sahaja di atas tanah apa-apa yang cikgu ajar. Bangunan sekolah ialah bekas pondok Quonset milik tentera A.S. Atap Quonset berbentuk bulat. Memandangkan ada ramai kanak-kanak, tidak semua dapat memasukinya. Jadi, sesetengah kelas diadakan di luar di bawah pokok. Memandangkan kami tiada kerusi, kami mencari jubin atap dan batu rata lalu duduk di atasnya untuk belajar. Guru seni kami akan menyuruh kami melukis gambar pokok yang menjadi tempat kami belajar. Begitulah keadaan kelas terbuka kami. Pensel akhirnya disertakan dalam catuan dan guru kami mengedarkannya kepada para pelajar. Kami tiada kertas putih dan biasanya memotong kertas seperti kadbod berwarna perang untuk digunakan sebagai buku nota kami.
Kami bersekolah di Sekolah Menengah Rendah Miwa dan buat kali pertama ada bilik darjah. Tetapi, kami tiada buku teks. Guru muzik banyak berusaha mengajar kami muzik dan ada juga kelas melukis. Pada mulanya, kami tiada kelas Bahasa Jepun, tetapi sistem disusun secara beransur-ansur dan kemudian kami menerima bekalan buku teks. Kemudian, buku nota juga diedarkan. Tidak ramai guru di sekolah yang mempunyai lesen mengajar. Guru matematik akan mengajar bahasa Jepun dan juga subjek lain. Sewaktu menjadi pelajar Sekolah Menengah Rendah Miwa kami selalu berasa lapar dengan hanya ubi keledek untuk bekal makan tengah hari.
Satu hari semasa pulang dari sekolah ke rumah, seseorang berkata bahawa ada banyak tomato di sekitar Menara Peringatan Konpaku. Jadi, kami berempat atau berlima telah pergi ke sana. Kami jumpa tomato masak subur di sana dan semua orang terdesak untuk makan sedikit. Dua atau tiga hari kemudian, saya bercakap tentang tomato itu kepada ibu saya. Ibu berkata, “Ia tumbuh subur kerana ada tiga mayat yang tertanam di bawah tanahnya” Ibu mengajar saya bahawa mayat itu menyuburkan tanah supaya ia tumbuh subur. Saya menjadi takut dan tidak mahu pergi makan tomato itu lagi selepas itu. Sisa mayat itu telah digali dengan sempurna dan diletakkan di dalam Menara Peringatan Konpaku.
Dari sekolah tinggi ke kolej
Pada zaman itu, idea orang perempuan pergi ke sekolah tinggi memang mustahil. Sayalah perempuan pertama di petempatan Odo yang pergi ke sekolah tinggi. Terdapat orang lelaki di petempatan yang sama, tetapi semua lelaki berkebun. Orang perempuan membantu kerja tentera untuk memperoleh wang atau membantu keluarga mereka. Saya kurang berbakti kepada ibu bapa saya. Badan saya agak kecil dan kekuatan fizikal saya juga tidak cukup untuk berkebun.
Pada masa itu, En. Touroku Oshiro ialah seorang guru di sekolah menengah rendah dan dia bertanggungjawab membantu pelajar menyambung pelajaran ke sekolah tinggi. En. Oshiro akan datang ke kampung pada waktu petang dan melawat rumah pelajar yang layak pergi ke sekolah tinggi. Dia bersemangat memujuk ibu bapa agar membenarkan anak mereka ke sekolah tinggi. Memandangkan guru telah berusaha gigih, ibu saya pun berkata “Kamu tidak sesuai berkebun, ikutlah cakap guru kamu dan pergi ke sekolah tinggi” Saya meneruskan pembelajaran ke sekolah tinggi. Semua orang berkata kepada saya bahawa saya “tidak setia dengan ibu bapa saya”. Saya telah megalami banyak kesusahan. Untuk hadir ke sekolah tinggi dan kemudian, pergi ke universiti pastinya terlalu mewah. Saya buat keputusan untuk mencari duit bagi membayar yuran tuisyen untuk universiti. Saya membasuh kemeja untuk empat orang profesor di universiti dan membersihkan tiga bilik darjah. Begitulah saya memperoleh wang untuk sekolah. Saya mampu menyara diri sendiri.
Jadi guru tempatan selepas tamat belajar di universiti
Program latihan perguruan untuk pendidikan fizikal wanita mengambil masa selama dua tahun dan saya boleh diambil bekerja serta-merta jika ada keperluan. Saya telah mendapat pekerjaan di Sekolah Menengah Rendah Miwa.
Mesej untuk golongan muda
Kami telah terselamat daripada detik sukar dan kini hidup dalam keadaan yang boleh kami katakan baik. Kami telah digelar Kanpo-nu-kue-nukusaa (sisa bedilan meriam tentera laut) Pada suatu ketika, kami bersikap pesimis, tetapi dengan rasa penghargaan dan ketabahan dan semangat yang berkobar-kobar, saya percaya saya boleh terus hidup sehingga saya berumur 100 tahun. Perkara yang mahu saya beritahu kepada golongan muda ialah perang tidak boleh berlaku sekali lagi jika kita mahu mengekalkan kehidupan yang memuaskan dan menjadikannya berkekalan.
Michiko Uehara telah menjadi guru sekolah menengah rendah dan sekolah tinggi serta mengabdikan dirinya untuk aktiviti pendidikan sosial dan pendidikan keamanan. Selepas bersara, beliau terus menceritakan kisah sebenar Perang Okinawa sebagai seorang “pencerita”.