Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Ditinggalkan di Medan Pertempuran

En. Satoshige Kuba

Tarikh Lahir:1935

Tempat Lahir:Bandar Naha

Tidak melarikan diri sebaliknya berlindung

Saya sedang belajar tahun empat di sekolah kebangsaan semasa perang. Saya sepatutnya pergi ke Kumamoto bersama abang untuk pemindahan kanak-kanak sekolah, tetapi berdasarkan pemeriksaan kesihatan di sekolah perut saya mempunyai masalah menyebabkan saya tidak dibenarkan pergi. Abang saya membuat perangai tidak mahu pergi sekiranya pergi seorang diri, jadi abang dan kakak saya dua orang pergi bersama ke tempat pemindahan kanak-kanak. Saya pula kekal di Okinawa. Saya merupakan anak keenam daripada sembilan adik-beradik.

Ayah saya bekerja di farmasi, tetapi berhenti dua tahun sebelum perang bermula dan mula bekerja di Penjara Okinawa. Pada waktu itu pihak tentera telah meletakkan kawalan komoditi jadi kami tidak dapat melakukan pembelian dengan bebas. Apabila Perang Okinawa bermula banduan mula dibebaskan tetapi banduan yang tidak dapat pulang ke rumah akan diiringi kakitangan penjara untuk melarikan diri. Sekitar bulan Mei tahun 1945, apabila tentera A. S. datang menyerang di sini, kami berlindung di parit berdekatan penjara di Sobe, Bandar Naha.

Tentera Jepun pun datang ke situ “Tolong keluar dari situ, kami hendak guna tempat ini.” kata mereka. “Parit di sekitar penjara ini kami yang gali.” balas kami. “Adakah kamu tidak mendengar cakap kami?” kata tentera Jepun sambil menghunuskan pedang. Kami tiada pilihan terpaksa keluar dari parit.

Melarikan diri ke selatan

Kami meneruskan ke bahagian selatan dan menghala ke Madanbashi tetapi jambatannya telah dimusnahkan. Semasa kami berjalan di atas batas sawah tembakan meriam kapal daripada kapal terkena berdekatan situ dan serpihannya telah melayang ke arah kami. Ayah tiba-tiba berkelakuan pelik jadi kami pergi melihat keadaannya serpihan peluru telah menembusi kepala ayah membuat ayah rebah dan meninggal tidak lama selepas itu. Selepas itu membuat keputusan untuk bergerak sendiri bukan dengan orang dari penjara, Disebabkan kematian ayah kami kami berlari sambil bercucuran air mata.

Kami tiba di perkampungan Takara di Yaese. Parit yang sangat susah untuk dijumpai akhirnya kami jumpa jugak namun di situ pun tentera Jepun “Parit ini untuk kami guna, sila pergi.” kata mereka yang menghalau kami dari parit. Selepas itu keluarga kami berlindung di Muraya yang seperti sebuah dewan awam di kampung. Ketika pukul lapan malam sebuah peluru meriam mengenai Muraya. Tentera muda dari unit kereta kebal seramai tujuh atau lapan orang telah terkena bedilan tersebut. Isi perut tentera yang berterbangan itu menjadi pemandangan yang dahsyat. Lutut kanan saya pula rasa suam apabila saya pegang terdapat darah. Ini merupakan parut daripada serpihan peluru yang menembusi lutut saya.

Kerana Muraya telah musnah kami dipindahkan ke kandang khinzir. Apabila saya menangis ketika tengah malam kerana sakit akibat luka, seorang remaja dalam lingkungan 14 atau 15 tahun mendukung saya dan membawa saya ke tempat tentera di Yaesedake untuk disteril bahagian luka. Keesokan harinya apabila bangun saya terlihat berenga pada luka saya. Nenek saya yang juga tercedera akibat serpihan peluru telah mati akibat kehilangan banyak darah. Adik bongsu lelaki saya berusia tiga tahun pula mati akibat tetanus. Kami menggali lubang berdekatan kubu dan mengebumikan nenek dan adik di situ dan menggunakan pintu rumah untuk menutup lubang dan menimbus tanah ke atasnya. Saya dan adik memberitahu ibu di sini terdapat markas tentera Jepun di Yozadake jadi sini keadaan berbahaya, jadi lebih baik pergi jauh dari sini tetapi, ibu seperti telah tiada keinginan untuk pergi. Bagi ibu yang ibunya, suami dan anak bongsu sendiri baru meninggal pasti berasa tiada guna lagi meneruskan hidup pada saat itu. Ibu juga tercedera pada waktu itu dan baring dia dalam tempat berlindung, tetapi dia bangun dan berjalan perlahan-lahan dari perkampungan Takara ke Yoza, Bandar Itoman.

Perkampungan Yoza kaya dengan bekalan air kerana di situ terdapat mata air yang dipanggil Yozaga. Kami berempat sekeluarga berada berdekatan pintu masuk tempat berlindung. Secara tiba-tiba askar A. S. datang dari atas dan mengacukan senapang ke arah kami. Keadaan yang terlalu mengejutkan itu membuatkan kami tidak tahu buat apa-apa. Terdapat askar A. S. keturunan Jepun generasi kedua, “Kami tidak akan mengapa-apakan kamu sila keluar dari sini.” katanya memanggil. Beberapa yang bersembunyi dalam parit mengikut arahan tersebut dan keluar. Saya pun bersama-sama ikut keluar. Setelah keluar kami disusun 10 orang setiap baris. Kami berjalan sehingga persimpangan besar di Itoman. Di dalam parit adik lelaki berumur lapan tahun dan adik perempuan berumur lima tahun masih bersama ibu saya, dan saya tanpa sedar telah terpisah dari mereka ketika keluar. Selepas itu, saya fikir balik kenapalah saya tidak memberi isyarat seperti isyarat badan kepada tentera A. S. supaya keluarga yang masih di dalam parit boleh diselamatkan membuatkan saya rasa menyesal.

Dinaikkan ke Kapal Pendarat Kereta Kebal(LST)

Tawanan dari kawasan sini dibawa menuju ke laut dari Pantai Nashiro dan dinaikkan ke Kapal Pendarat Kereta Kebal yang berlabuh. Haluan kapal LST terbuka dan kami masuk terus ke dalam kapal pendarat kereta kebal. Saya rasa kapal itu pelik kerana bahagian haluannya boleh terbuka. Saya sangkakan bahawa mereka akan bawa kami ke laut dan melemaskan kami adalah perkara benar tetapi, setelah kami masuk ke dalam kapal terdapat tentera yang berada di atas dek, Mereka melontar pelbagai objek ke arah kami, kami memungutnya dan makan. “Peliknya, sekiranya mereka hendak bunuh kami, kenapa mereka melontar benda seperti ini.” Apabila difikirkan kembali, mereka akan membunuh kami itu kelihatan seperti bukan perkara yang benar.

Kami dibawa ke tempat yang sekarang ini Higashimabuku di Kitanakagusuku selepas berlabuh. Saya diberi rawatan pada kecederaan saya dan duduk di situ selama dua atau tiga hari. Selepas itu saya dimasukkan ke dalam kereta dan dibawa ke hospital di Ginoza. Hospital itu merupakan bilik panjang, panjangnya sehingga 30 atau 40 meter. Semasa saya meninggalkan hospital, semua orang mula mencari orang yang mereka kenali. Semasa perang semua orang telah terpisah, jadi mungkin boleh bertemu semula dengan kenalan atau saudara-mara. Saya pun mencari dan kebetulan di situ terdapat saudara saya. Dia merupakan saudara dari Tounokura di Shuri dan mengajak saya untuk datang ke rumahnya. Orang itu telah kehilangan tiga orang cucu semasa peperangan. Saya yang telah menjadi anak yatim pun pergi ke tempat orang itu. Selepas beberapa hari di sana saya berjumpa saudara yang lebih dekat. Orang itu mengajak saya ke tempatnya untuk tinggal dan saya pun pergi. Beliau merupakan sepupu ayah dan berumur sebaya ibu saya.

Diambil oleh saudara-mara

Saya tinggal bersama di kem tawanan di Sokei, Ginoza. Kem tawanan Sokei terletak di tepi laut. Pada waktu itu saya hanya fikir tentang makan. Bekalan makanan daripada tentera A. S. tidak mencukupi jadi saya mengutip tumbuhan seperti mugwort dan pasli liar dan sebagainya. Saya juga makan pucuk Akou
(dipanggil Usuku mengikut dialek) Pucuk Usuku yang direbus dicampur bersama makanan tin untuk dimakan. Begitulah keadaan pada zaman itu.

Mendapat Malaria

Saya dibawa bersama empat atau lima orang dari Kampung Sokei pergi ke tempat pembuangan sampah tentera A. S.. Apabila malam kami tidak dapat pulang, jadi kami membina pondok daripada barang terbuang. Keesokan harinya saya membawa pulang barang yang boleh digunakan daripada sampah yang baru dibuang. Waktu itu semuanya baik sahaja sehinggalah saya mendapat Malaria pada sebelah malam. Saya berasa sangat sejuk dan menggeletar. Mak cik dan nenek angkat saya dua orang cuba menahan saya tetapi saya masih terlalu sejuk dan menggeletar jadi saya mengambil ubat kuning yang dipanggil Kuinina. Selepas dua hari minum saya mulai sembuh.

Sekolah di Sokei pada waktu itu hanya menggantung papan hitam pada pokok pain dan cikgu akan menulis di situ untuk mengajar. Cikgu tersebut juga menjadi guru kelas saya semasa saya sambung ke Sekolah Menengah Shuri. Beliau guru bahasa Inggeris dan semasa bertemu semula di sekolah menengah saya berasa terkejut. Pelajar yang datang ke sekolah di Sokei seramai empat hingga lima orang. Di tengah-tengah kem tawanan terdapat tempat pengagihan, seluar dan baju yang dijahit daripada guni tepung diedarkan di situ. Perumahan bersaiz standard dibina. Apabila saya datang ke Pekan Tera, Shuri di situ terdapat adik kepada ibu(mak cik) dan saya dibela olehnya.

Meninggalkan Pulau Utama untuk ke Pulau Kume.

Pada satu hari, Cikgu Hokumura datang ke rumah. Beliau pernah menumpang di rumah saya semasa masih pelajar dan belajar di sekolah lelaki sebelum perang. Beliau terdengar bahawa saya seorang sahaja masih hidup dan datang melawat. Dia menjadi wakil guru Pulau Kume dan datang ke Pulau Utama untuk mengambil gaji. Beliau rapat dengan abang saya kerana umur mereka dekat. Kerana umur kami yang agak jauh saya hanya mendengar tentangnya. Dia berkata kepada saya “Pulau Kume hanya terkena sedikit tempias daripada peperangan jadi kami banyak makanan.” “Sekiranya kamu bersetuju saya akan bawa kamu ke sana.” katanya. Saya memanggil saudara lebih tua yang tinggal berdekatan untuk berbincang perkara itu. Saya telah hilang ibu bapa dan adik beradik dalam perang jadi pergi ke manapun sahaja. “Saya mahu ikut.”
jawab saya. “Sekiranya kamu hendak pergi, pergilah, tiada masalah.” beritahu saudara saya. Saya mendapatkan persetujuan mak cik dan nenek dan mereka membenarkan.

Hari itu saya berjalan dari Shuri sehingga ke Itoman dan menaiki bot ke Pulau Kume. Bot mendarat di Torishima di Pulau Kume, dulu dikenali sebagai Kampung Gushikawa dan saya turun dari bot dan berjalan kaki. setelah 20 minit kami tiba di Kampung Nakachi tempat terletaknya rumah cikgu itu. Saya dimasukkan ke tahun lima di Sekolah Rendah Otake. Dari tahun 5 sekolah rendah sehingga penggal 1 sekolah tahun 1 sekolah menengah saya berada di Pulau Kume. Selama dua tahun setengah saya di sana, saya memotong rumput dari pagi jadi saya tidak dapat mengikut aktiviti bersama rakan seperti kelab. Kanak-kanak dari keluarga yang stabil dapat belajar dari senior selepas tamat waktu sekolah ketika tengah hari. Saya pula tiada masa untuk belajar macam mereka. Isteri Cikgu Hokumura juga guru sekolah, adik perempuannya pula guru tadika jadi di rumah ada tiga orang guru. Saya dijaga oleh orang seperti mereka (Walaupun saya anak yatim akibat perang) jadi saya tidak merasa seperti terdesak dan tidak dipedulikan. Saya juga tidak mempunyai waktu untuk fikir banyak tentang keluarga saya yang dah tiada. Saya hanya fokus apa yang ada di depan mata dan tidak akan memikirkan perkara lain. Tepat pada masa saya darjah enam sekolah rendah sistem pendidikan 6-3-3 diperkenalkan. Pada waktu saya tamat sekolah rendah juga saya menjadi pelajar tahun satu sekolah menengah mengikut sistem baru. Saya menjadi kumpulan pelajar ketiga di Sekolah Menengah Gushikawa(Pulau Kume).

Mencari abang dan kakak

Semasa cuti musim panas tahun satu di sekolah menengah saya kembali ke Pulau Utama Okinawa. Abang dan kakak telah terlibat dalam pemindahan perang kanak-kanak sekolah dan menjadi Pelatih Kursus Persediaan Juruterbang Tentera Laut, saya juga tidak tahu keadan mereka, Jadi bagi memastikan keadaan mereka saya pergi rumah saudara di Pulau Utama Okinawa. Saudara tersebut berkata “Encik Hokumura bukan saudara kamu.” “Dia hanya menumpang di rumah kamu semasa sedang belajar” Kami merupakan saudara dekat kamu jadi kami pasti akan menjaga kamu lebih baik,”Usahlah pulang ke Pulau Kume dan tinggal di sini” ajak mereka. Saya tinggal di rumah saudara tersebut dari penggal kedua tahun satu sehinggalah tahun 2 di Sekolah Menengah Shuri. Semasa saya sambung tahun ketiga sekolah menengah saya pergi mencari abang yang tinggal di Nagasaki.

Abang saya merupakan pegawai penjara. Dia bertempur di Utara China semasa menjalani latihan dan pulang semula ke sini. Saya tamat tahun dua sekolah menengah dan pergi ke abang dan masuk ke Sekolah Menengah Nagasaki. Pada waktu itu tidak dapat belajar dan prestasi saya telah merosot. Saya telah cukup umur untuk masuk ke tahun ketiga tetapi disebabkan prestasi yang teruk saya tidak layak, lalu masuk tahun ketiga. Akhirnya saya memerlukan empat tahun persekolahan. Pada waktu itu sesiapa yang tidak mempunyai ibu bapa tidak mempunyai harta, kerja pun tidak boleh. Saya pernah bertengkar dengan cikgu saya mengenai perkara itu.(Saya yang telah kehilangan ibu bapa semasa perang)Pada mulanya saya ingat tidak boleh dapat kerja, Saya musykil tentang perkara itu dan selepas tamat sekolah menengah setiap hari saya pergi ke pejabat sumber manusia.

Selepas itu saya, mendapat pekerjaan di kilang penyelenggaraan bas di bahagian pengangkutan awam Nagasaki. Saya mula dari kerja pengimpalan kepingan besi yang menggunakan kimpalan elektrik dan gas, namun bahagian belakang saya telah sakit. Selepas dua bulan dimasukkan ke wad keadaan tidak menjadi baik. “Sebab keadaan macam ini tidak bagus jadi sertailah Anggota Pertahanan untuk menguatkan badan.”kata abang saya. Sambil membina kekuatan badan saya menyertai anggota pertahanan. Dalam masa dua tahun badan saya kuat semula. Selepas berhenti dari anggota pertahanan saya bersama tiga orang rakan yang saya jumpa ketika dalam perkhidmatan pergi ke Osaka. “Sekiranya di Osaka sambil bekerja boleh pergi ke universiti ketika malam.” fikir saya tetapi setelah bekerja belakang saya sakit semula. Jadi selepas itu tinggal di tempat kerja sebagai penghantar surat khabar. Di Sennichimae berdekatan Dotonbori saya melakukan kerja menghantar surat khabar Asahi. Semasa perlawanan Sekolah Menengah Shuri dalam pertandingan bola lisut Koshien, saya pergi untuk menonton. Di Osaka saya bekerja sambil menyimpan wang dan berfikir untuk pergi kelas malam namun masih tidak berjaya. Saya fikir tidak boleh terus begini jadi saya kembali ke tempat abang. Abang saya mencadangkan “Apa kata pergi ke Okinawa dan perbaiki semula rumah lama kita.” “Suhu yang panas di Okinawa pasti boleh mengembalikan kesihatan kamu.” Jadi saya pun pulang ke Okinawa selepas diberitahu sedemikian.

Selepas itu saya bekerja di Pelabuhan Tentera Naha, Saya melakukan kerja menurunkan kargo dari kapal tentera A. S. selama tiga tahun. Ada orang Amerika pernah bertanya kepada saya. “Kamu telah hilang ibu bapa dan ramai adik-beradik dalam peperangan.” “Tapi masih lagi boleh bekerja di markas tentera A. S.” katanya. Saya fikir dan balas seperti berikut, Sudah tentu pada mulanya selepas tamat perang saya di Pulau Kume selama tiga hingga empat tahun, saya sanggup mati untuk membalas dendam demi keluarga saya, fikir saya ketika itu. Tetapi sedikit demi sedikit perasaan saya berubah, apabila difikirkan kembali bukan individu orang Amerika yang jahat tetapi perang antara negara dan negara yang menjadi punca. “Ini adalah perang antara dua negara, jadi tidak perlu dendam kepada individu.” Selepas saya memberi jawapan tersebut, orang itu mula faham.


En. Satoshige Kuba bekerja selama 10 tahun sehingga berumur 35 tahun melakukan kerja dengan tentera. Selepas itu beliau menjadi pegawai penjara selama 15 tahun dan bekerja dengan tentera dan pegawai dalam ketenteraan A. S. termasuk menguruskan penjara yang melibatkan warganegara asing agak lama.