Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Dua Wajah Amerika: Pengambilan Tanah dan Kemajuan Pertanian di Hawaii

En. Zenyu Shimabukuro

Tarikh Lahir:1936

Tempat Lahir:Bandar Okinawa

Pembantahan Ayah ke Atas Pengambilan Tanah di Chibana

Sejurus selepas tamat perang, di Chibana, Bandar Okinawa, pihak tentera A. S. telah menjadikan kawasan ini sebagai kawasan larangan. Ayah saya pula bertegas “Ini rumah kita sendiri, jadi kami masuk” kata ayah tidak peduli. Untuk membina semula rumah yang musnah kami tinggal di kandang lembu yang masih ada. Tanpa menggunakan kekerasan beliau masuk seperti biasa. Waktu itu terdapat polis tentera A. S. dan polis awam Okinawa. Sekitar kawasan Chibana polis awam yang mengawal. Polis awam mula melindungi ayah orang keliling nampak dan fikir keadaan selamat jadi, sedikit demi sedikit orang mula masuk. Chibana merupakan kawasan larangan dan dipagar dengan kawat berduri. Melihat perbuatan ayah saya membuat orang sekeliling sangat terkejut. Ayah sambil berkata “Ini tiada kaitan dengan kita” Ayah sambil memijak kawat berduri masuk ke dalam kawasan larangan.

Kehidupan di Perkampungan Chibana

Pada waktu itu pihak tentera A. S. akan membuang pelbagai benda di lubang dekat tanah lapang. Belakang kereta dimuatkan sampah atau lori sampah digunakan untuk membuang sampah. Di tempat pembuangan sampah juga terdapat tangki oksigen yang telah digunakan. Biasanya semua orang akan memungut makanan. Ayah pula berkata tidak akan makan sisa makanan tentera Amerika. Jadi kami mengangkut tangki oksigen membawa pulang. Benda itu sangat berat. Kami membawa sehingga ke tempat yang sekarang ini terletak pusat komuniti. Ketika itu masih tiada alat penyiaran, jadi untuk mengumpulkan orang kami menggunakan loceng. Waktu itu terdapat perhimpunan umum, selain itu terdapat perhimpunan pelajar dan perhimpunan belia, jadi kami memalu tangki untuk memberitahu. Untuk perhimpunan umum tangki akan diketuk perlahan sebanyak tujuh kali. Perhimpunan belia pula akan diketuk tiga kali. Bagi perhimpunan pelajar sekolah menengah pula, kali pertama ketuk kuat-kuat kemudian ketuk sebanyak empat kali. Ketukan laju bertalu-talu pula menandakan kecemasan. Contohnya “Tentera A.S.menyalakan api” jadi tangki diketuk untuk membuat pengumuman. Penduduk akan sedar “Bahaya” dan keluar lari. Dalam kalangan tentera A. S. ada yang baik, tetapi ramai yang jahat. Sekiranya tentera A. S. membuat sesuatu yang buruk semua penduduk akan menghalau mereka.

Semasa perang Okinawa, Ramai tentera Jepun dan penduduk Okinawa yang tercedera, dan tentera pun terdapat yang mengalami kecederaan. Untuk merawat orang-orang tersebut, terdapat kawasan yang dipanggil B Kanpan yang mempunyai hospital. Tempat itu berada di tempat sekarang ini terletaknya Gushikawa, Bandar Uruma. Ayah saya dibawa ke tempat itu oleh tentera A. S. bagi menderma darah untuk tentera A. S. Ayah saya telah diambil darah dengan banyak sehingga tubuhnya menjadi lemah. Semasa saya umur 11 tahun ayah meninggal semasa usianya 36 tahun.

Sambung Belajar ke Sekolah Menengah Pertanian dan Perhutanan Chubu

Saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Pertanian dan Perhutanan Chubu. Sekolah Pertanian dan Perhutanan Daerah di Kadena sudah tiada, jadi Sekolah Menengah Pertanian dan Perhutanan baru telah dibina. Orang sekeliling telah menyarankan saya untuk masuk ke sana. Selepas tamat perang banyak sekolah lain yang ada tetapi saya memilih untuk belajar ke Sekolah Pertanian dan Perhutanan. Saya memilih bidang sains penternakan. Sebab mengapa saya memilih bidang sains penternakan kerana ayah saya sukakan lembu dan selalu menyertai pertandingan laga lembu. Sebelum perang ayah saya pernah sekali memenangi pertandingan laga lembu seluruh pulau. Beliau menayangkan foto ketika itu dengan bangga. Namun foto itu telah hilang semasa perang.

Selepas perang para pelajar menjadi kurus akibat masalah bekalan makanan. Kami diberi minum susu tepung yang dihantar tentera A. S. ke sekolah. Susu tepung skim itu dimasukkan ke dalam kotak seperti ini. Susu tepung ini sebenarnya daripada susu yang dimasukkan ke alat pengempar untuk membuat mentega, kerana berat, kandungan lemak akan melanggar dinding, bahagian lemak itu digunakan untuk mentega di Amerika Syarikat. Manakala baki keladak susu pula dijadikan makanan khinzir di Amerika Syarikat. Dan baki keladak itu jugalah yang dihantar ke sini, orang yang tidak tahu perkara itu minum susu tepung skim ini. Guru saya yang mengajar bidang sains penternakan mengetahui hal sebenar ini dan berbincang bahawa lebih baik menternak lembu sendiri. Di sekolah kami ada ternak lembu.

Menjaga Lembu Susu dan Menghantar Susu

Harga lembu pada waktu itu sangat mahal, jadi kami hanya mampu membeli seekor. Lembu itu dari jenis Holstein. Dulu-dulu lembu biasanya berwarna hitam. Tetapi lembu Holstein pula berwarna campur hitam dan putih. “Anehnya” kata semua orang ketika itu. Badan serta puting lembu itu besar. Manusia ketika itu melakukan
pemerahan menggunakan tangan. Susu yang diperah diisi ke dalam botol dan dimasukkan ke dalam kotak. Kami berjalan kaki menjual susu di merata tempat di Pekan Koza. Waktu itu berbeza dengan sekarang, Saya meletakkan susu di atas basikal dan pergi menjual sehingga ke Goya. Untuk menjaga lembu paling awal saya bangun pada pukul lebih kurang empat pagi. Lembu yang kami pelihara lebih besar dari lembu biasa. Jadi untuk menjaganya memerlukan masa dan memenatkan. Saya kagum pada Sekolah Menengah Pertanian dan Perhutanan kerana mengajar cara menternak lembu.

Permohonan Penghantaran Praktikal di Hawaii

Terdapat pengambilan seperti itu. Sudah tentu pada zaman itu saya tiada wang untuk pergi ke luar negara, Tetapi Bahagian Pendidikan dari Kerajaan Amerika Syarikat menawarkan dana latihan. Saya membuat permohonan dan mengambil peperiksaan. Semasa saya pergi ke tempat peperiksaan dan mengisi borang, Tingkat satu dan dua milik Kerajaan Ryukyu manakala tingkat tiga dan empat milik Kerajaan Amerika Syarikat. Saya terpaksa naik ke tingkat empat dan lima Pada waktu itu kasut masih belum cukup banyak. Ada orang yang masih menyarung Tabi(stokin Jepun dengan pemisah ibu jari) Saya memakai terompah yang cantik dan pergi kesana, semasa di dalam bangunan terdapat pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan bertanya saya ke mana saya hendak pergi. Saya menjawab Bahagian Pendidikan milik Kerajaan Amerika Syarikat. Pengawal memberi amaran “Susah sikit sekiranya pergi ke sana dengan pemakaian macam ini” Pengawal berkata lagi “Terompah tidak dibenarkan” “Kamu perlu pakai kasut.” Saya menunjukkan tiket yang dibawa kepada pengawal, lalu pengawal tersebut menanggalkan kasutnya dan memberi kepada saya untuk dipakai. Selepas itu saya pun dibenarkan untuk naik ke aras Kerajaan Amerika Syarikat. Saya pun sedar ramai orang yang baik di Okinawa.

Seramai sepuluh orang yang menduduki peperiksaan dan yang lulus hanya enam orang. Dalam peperiksaan pemilihan itu saya mendapat markah tertinggi.
Macam-macam orang yang datang menduduki peperiksaan. Orang lain merupakan kakitangan kerajaan dan mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding saya.
Ada yang bekerja di pejabat pentadbiran dan lebih tua daripada saya. Peperiksaan merangkumi ujian lisan. Saya ditanya mengenai “Laporan Harga”, dan mereka bertanya “Apa pendapat kamu mengenai Laporan Harga?” Untuk ujian lisan mempunyai tiga orang satu kumpulan. Saya menceritakan semua perkara yang saya tahu mengenai Laporan Harga. Dalam kalangan orang yang mengambil peperiksaan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan ada yag menjawab “Tidak tahu”. Saya menjawab seperti yang berikut. Tanah Okinawa merupakan tanah kami semua. Dalam dialek Okinawa, kami memanggilnya uyafafuji, tanah nenek moyang. Tanah Okinawa datang dari sebalik bumi. Tanah ini bukan milik orang luar seperti kamu. Khazanah di tanah ini milik orang Okinawa. Tidak kira siapa pun
yang datang, orang Okinawa tidak ambil harta milik orang lain. Saya dengar perkara itu dari ramai orang. Ayah saya juga bertindak berdasarkan cara fikir yang demikian.
Saya rasa itulah perkara yang betul dan itulah yang saya sampaikan. Saya lulus. Saya kagum dengan akademik kerana pendapat yang benar akan diambil kira.
Saya juga rasa pendidik kerajaan Amerika Syarikat orang yang hebat.

Setelah itu, staf dari kerajaan Amerika Syarikat datang ke rumah saya menaiki kereta. Kereta itu sangat besar. Jiran-jiran semuanya terkejut. “Zenyu ada buat sesuatu yang tidak baik ?” tanya mereka. Disebabkan staff orang Amerika dari pihak kerajaannya turun dari kereta dan telah datang, Jiran-jiran saya pada waktu itu semuanya mendapat tahu bahawa saya akan ke Hawaii. Saya merupakan orang pertama di kampung ini yang dapat menaiki pesawat. Kerana itu kali pertama saya menaiki pesawat, saya terpesona dengan saiznya yang besar apabila lihat buat kali pertama. Waktu itu masih lagi terdapat krisis bekalan makanan jadi kami semua kurus-kurus. Saya masih ingat lagi ketika dalam pesawat pramugari membawa telah membawa makanan, rasanya yang sedap masih saya ingat.

Latihan Pertanian di Hawaii

Di Hawaii terdapat persatuan penduduk yang dipanggil Persatuan Penduduk Okinawa. Waktu saya baru saja pergi ke Hawaii terdapat perhimpunan besar sempena Hari Penubuhan Hawaii. Daripada enam orang pelatih yang datang dari Okinawa, sebahagian besarnya pergi ke Oahu dan Maui menjalani latihan. Hanya saya yang pergi ke Honolulu. Semasa latihan, setiap pagi pasti saya membawa halia dan sayur yang ditanam ke Honolulu untuk menjualnya di sana. Biasanya saya ditumpangkan dengan kereta untuk pergi. Saya makan makanan sedap di Honolulu dan pulang. Hawaii merupakan tempat yang senang untuk tinggal. Walaupun pengkhususan saya dalam penternakan, saya ingin memberi tumpuan dalam bidang tersebut namun lain pula yang terjadi. Saya menerima latihan dalam penanaman tebu dan penghasilan sayur dan sebagainya. Saya juga menerima latihan dalam penanaman nanas.

Semasa era pemerintahan kerajaan Ryukyu, saya mendapat lesen sebagai “Jurupermanian Ternakan”. Waktu itu di Okinawa untuk membiakan ternakan, contohnya lembu telah bunting atau tidak, bila waktu yang sesuai untuk persenyawaan, memerlukan penilaian seorang jurupermanian yang akan memegang bahagian uterus, dan memberi pandangan seperti “Kena tunggu lagi dua jam”. Saya juga melakukan perkara yang sedemikian di Hawaii. Di Okinawa tangan tidak disarung jadi tahi lembu selalu melekat pada lengan. Di Hawaii, kami dibekalkan sarung tangan khas yang menutup sehingga ke bahu. Saya melihat sarung tangan itu dan sangat tertarik dengannya, dan meminta untuk mendapatkan sedikit Sarung tangan yang dibawa pulang ke Okinawa masih lagi ada sekarang.

Pekebun atau orang yang melakukan pertanian di mana-mana negara pun mesti mempunyai tiga ciri yang utama, iaitu suka bergaul, cenderung kepada sains dan mampu memimpin. Saya telah belajar bahawa setiap petani yang baik memiliki tiga ciri tersebut. Sebagai manusia kita mesti menyumbang kepada masyarakat, Juga kita tidak boleh membuta tuli tetapi mesti dibuktikan dengan pengetahuan sains. Itulah yang terkandung dalam tiga ciri tersebut. Setelah saya sampaikan apa yang saya belajar di Sekolah Pertanian dan Perhutanan kepada para petani di Hawaii, mereka semua gembira. Saya bercakap apa yang saya tahu dan orang-orang Hawaii gembira mendengarnya. Saya ditanya apa yang saya buat di Sekolah Pertanian dan Perhutanan di Okinawa, jadi saya ajar orang-orang Hawaii mengenai “Pergerakan 333”. Nombor “333” bermaksud 3 bulan, 3 minggu dan 3 hari. Sekiranya hari-hari itu ditambah akan menjadi 114 hari. 114 hari bermaksud jumlah hari sehingga khinzir beranak.

Kembali ke Okinawa dan Menjadi Jurulatih Pengurusan Pertanian Selepas tamat latihan di Hawaii saya pulang ke Okinawa saya dihubungi oleh Koperasi Pertanian. Saya mendapat kerja di sana. Di Koperasi Pertanian saya bekerja sebagai jurulatih pertanian. untuk membimbing dalam penternakan khinzir dan ayam, saya bergerak ke tempat-tempat penternakan. Seperti Pergerakan 333 tadi, semasa khinzir beranak, biasanya manusia hanya melahirkan seorang sahaja anak pada satu masa, tetapi khinzir pula mampu beranak sehingga lapan hingga sepuluh ekor dalam satu masa. Oleh itu anak khinzir yang pertama keluar memilih puting daripada ibunya yang paling bagus dan menghisapnya. Setelah tiga hari setiap khinzir telah menetapkan bahagian puting masing-masing. Giliran ditetapkan dari khinzir yang lahir paling awal dan berakhir pada khinzir yang ke sepuluh. Kerana kejadian itu, anak yang pertama membesar dengan baik manakala anak yang terakhir kurang tumbesarannya. Dalam tiga hari tersebut susunan tersebut perlu diterbalikkan. Khinzir paling kecil akan diberi untuk memilih puting dahulu. Untuk yang seterusnya juga akan dibuat perkara yang sama untuk memilih puting. Dengan melakukan perkara tersebut anak khinzir dapat membesar sama rata. Saya membimbing petani dan penternak perkara seperti itu. “Betul juga, terima kasih” kata mereka gembira.

Mesej kepada golongan muda

Sebagai manusia kita mesti menjalani hidup yang membuatkan kita bangga. Membantu manusia perkara yang baik, tetapi saya meminta semua untuk berhenti memberi bantuan dan maklumat kepada pengkalan tentera A. S. yang membunuh manusia. Saya mahu dunia ini kembali melakukan perkara benar demi anak dan cucu, orang ramai mestilah bersungguh melawan kejahatan. Orang di seluruh Jepun juga perlu berhenti memberi kerjasama kepada perkara yang membunuh manusia dan harap ramai yang sedar akan hal ini. Amerika Syarikat juga perlu berhenti merosakkan hidup orang, hentikan perkara seperti pembunuhan. Sekarang ini untuk membunuh orang, pesawat terbang berlepas dari Pengkalan Udara Kadena, hentikanlah usahanya dalam peluasan pengkalan. Manusia hidup hanya sekali, jadi untuk kebaikan semua
buatlah yang terbaik.


En Zenyu Shimabukuro dengan prinsipnya sendiri terus mendapatkan kembali tanah miliknya yang digunakan tentera dan seorang daripada Hansen Jinushi(Pemilik Tanah Anti Perang). Beliau merasai pelbagai peristiwa selepas perang Okinawa seperti “Usaha Perebutan Pulau, “Pergerakkan Pengembalian” dan menempuh pelbagai perbagai perkara.