Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Saya, Sashiba (Buzzard Berwajah Kelabu) dan Perangkap Sotong

En. Keikichi Yamazato

Tarikh Lahir:1943

Tempat Lahir:Pulau Miyako

Tentang keluarga dan parut semasa perang

Saya dilahirkan pada tahun 1943 di Nikadori, Pulau Miyako. Ayah saya seorang petani tetapi masyarakat memanggil ayah “Sensei”. Walaupun ayah bukan seorang cikgu tetapi entah mengapa dia dipanggil sedemikian. Apabila saya bertanya penduduk kampung sebabnya, mereka memberitahu bahawa ayah saya banyak menyumbang untuk kawasan itu. Dia juga menjadi ahli lembaga untuk majlis tempatan dan pentadbir untuk masyarakat di situ.

Semasa serangan udara 10 Oktober saya baru berumur 3 tahun jadi saya tidak ingat mengenai kejadian itu tetapi saya ingat bahawasaya telah tercedera. Badan saya terkena peluru mesingan. Pesawat AS telah menembak rumah kami sebanyak dua kali. Pada waktu itu tentera AS mendapat arahan untuk menembak apa sahaja yang bergerak. Berdekatan rumah saya terdapat bukit kebetulan pada waktu itu terdapat orang di bukit Pesawat tentera AS membidik orang di situ tetapi dua tembakan terkena rumah saya. Sebutir peluru telah menembusi penghadang ribut dan terkena saya sebutir peluru lagi terkena altar dan peluru ketiga terkena bangsal rumah kami. Ibu bapa saya memberitahu bahawa di tempat perlindungan Nikadori terdapat tentera Jepun, dan saya dibawa ke tempat tentera darat itu berada. Tetapi kebiasaannya tentera tidak akan memberi rawatan kepada orang awam. Tetapi saya masih diberi rawatan menurut ibu saya. Luka pada waktu itu masih berbekas peluru mesingan terkena pada lengan. Di belakang saya juga terdapat kesan luka semasa kecil tangan saya masih pendek. saya tidur di ruang paling depan jadi peluru terkena saya, saya menjerit dan menangis. keluarga saya yang ketika itu sedang makan tengah hari di ruang ketiga terdengar bunyi tembakan jadi mereka menyembunyikan diri walaupun cuba bersembunyi tapi saya rasa tidak sempat. Walaubagaimanapun ahli keluarga saya selamat. Hanya saya seorang yang cedera di lengan kiri dan tiga tempat di belakang. Bahagian belakang saya hanya cedera di tulang paling luar jadi saya masih selamat. Saya rasa saya agak bernasib baik.

Saat berlakunya serangan udara di Pulau Miyako saya tidak berapa ingat Ayah saya bersama orang lain terpaksa bekerja untuk menutup lubang pada landasan lapangan kapal terbang yang disebabkan oleh bom tentera AS. Selepas perang tamat, terdapat bangkai kereta kebal tentera Jepun di pesisir pantai yang telah dimusnahkan akibat serangan tentera AS.

Memori mengenai helang muka kelabu dan parit perang

Semasa kecil kami hanya makan ubi keledek. Selepas itu kami tanam sendiri pucuk seperti pucuk-pucuk liar. Contohnya kami makan sup yang dimasukkan daun bawang yang kami cabut, dan kami makan jambu batu dan mulberi. Kami juga menangkap reriang, belalang dan cicak untuk dimakan. Dan makanan paling istimewa sekali ialah sashiba iaitu sejenis helang muka kelabu. Kini helang tersebut menjadi spesis yang dilindungi tetapi masih lagi tidak dilindungi semasa saya masih bersekolah. Pada suatu hari saya mendaki gunung seorang diri dan telah menangkap dua ekor helang tersebut tetapi itulah kali pertama dan terakhir. Saya menangkapnya dengan tangan kosong. Ketika malam dan terdapat cahaya lampu jalan, saya ternampak kelibat sashiba perlahan-lahan saya memanjat pokok. Percubaan pertama saya tersilap hanya menyambar sebelah kakinya sahaja sebelah lagi kakinya telah mencakar saya disebabkan sashiba makanan yang penting saya tidak melepaskannya. Tangkapan kedua saya lebih berjaya. Dan inilah kali pertama dan terakhir saya menangkap sashiba. Selama seminggu saya bermain dengan sashiba sebagai ganti alat mainan Kaki sashiba saya ikat pada terompah untuk membuat melihat kemampuannya boleh terbang atau tidak. Seminggu kemudian burung ini mula kehabisan tenaga kami pun memasukkannya ke dalam sup untuk makan dan gaul bersama nasi. Rasanya sangat sedap. Lemak kuningnya yang terapung sangat menyelerakan.

Kemudian saya keluar lagi untuk menangkap helang ini. Tidak jauh dari rumah saya terdapat hutan pokok pain di situ juga terdapat kubur dan merupakan kawan yang menakutkan. Lampu pun tiada. Sashiba akan terbang datang dari arah laut rakan saya berada beberapa meter dari saya dan saya memanjat pokok pain. Setelah sekian lama menunggu tiada hasil jadi kami pun pulang ke rumah. Semasa saya sedang memusingkan badan dan turun daripada pokok saya terjatuh ke dalam parit perang
yang dibuat untuk seorang. Parit perang untuk seorang itu kami memanggilnya perangkap sotong. Pada waktu itu saya fikir habislah saya. Saya berjaya merangkak keluar tetapi kedalamannya sehingga paras dada saya. Saya fikir jika kedalaman lebih lagi sikit pasti sangat bahaya tambahan hari sudah malam.

Keadaan Pulau Miyako semasa zaman kanak-kanak

Untuk menangkap ikan kami akan pergi ke laut. Setiap kali kami keluar menebas rumput untuk dijadikan makanan kambing pasti kami membawa bersama gogal berenang. Pada waktu itu kami menggelarnya sebagai kacamata Itoman. Setiap kali kami mendengar letupan bom ikan dari arah laut kami akan pergi ke arah tersebut berlari. Ikan yang dinaikkan ke darat terdapat ikan hidup dan mati kami akan membawa pulang dan makan baki ikan yang dinaikkan nelayan. Pada masa itu, kerap terdapat ikan shima aji yang naik ke pantai. Bom ikan yang digunakan merupakan buatan tangan. Serbuk peledak akan dikeluarkan daripada peluru peledak tersebut dimasukkan ke dalam botol dan dituju ke dalam laut. Ada dua jenis serbuk peledak satu berbentuk segi empat dan satu lagi merupakan teras bulat. Banyak peluru di sekitar kawasan pantai. Aktiviti mengutip cebisan besi juga sakan di sana-sini pada waktu itu. Keseluruhan Pulau Miyako rancak dengan sisa besi. Kami yang hanya kanak-kanak kecil juga mengumpul ketulan besi kecil untuk dijual bagi mendapatkan duit poket. Pada waktu itu terdapat pengusaha yang membeli sisa besi jadi kami akan membawa ke sana. Dapatlah sedikit duit poket untuk kami daripada hasil tersebut. Itulah aktiviti yang paling seronok.

Keluarga saya ramai adik beradik lelaki dan saya anak lelaki keenam. Sarapan pagi kami memerlukan dua ikat mi somen. Mi somen akan terapung sedikit-sedikit dalam sup jernih tanpa bahan lain. Jadi saya selalu duduk di sebelah belanga. Makanan kami sentiasa berebut-berebut jadi siapa yang cepat dia dapat. Terdapat tin besar yang diedarkan oleh tentera AS,kalau tidak salah kandungannya seperti bayam. Semasa saya kecil di Higashi hennazaki sebuah kapal yang dimuatkan beras telah karam
semasa cubaan mengambil semula muatan beras tersebut berlaku lagi kemalangan lain. Pada waktu itu beras sangat berharga. Ramai orang yang pergi untuk mengambil beras itu.

Pulau Miyako ketika itu mengalami krisis air. Walaupun terdapat alat untuk menakung air hujan di ladang tetapi air takungan tersebut tidak banyak. Saya pernah minum air yang bertakung di laluan kereta kuda. Lebih baik saya minum daripada tidak minum langsung. Yang untungnya saya tidak pernah jatuh sakit pula. Saya rasa tubuh badan kanak-kanak pada zaman itu lasak.

Cacing bulat dan ubat cacing

Pada waktu itu khinzir khinzir akan disembelih di laman belakang rumah bersama saudara-mara semasa tahun baru atau perayaan. Semasa melapah daging khinzir terdapat telur putih (cacing parasit) yang melekat pada daging. Semua orang berfikir bahawa dengan merebus daging dengan api telur itu akan mati dan semua makan tanpa rasa bimbang. Pada masa itu di bangunan Pusat Kebudayaan Ryukyu Amerika di Miyako kerajaan Amerika telah menayangkan filem mengenai bahayanya cacing bulat. Satu hari selepas bermain di laut kami pergi ke tempat suci Utaki kami berlari-lari untuk mengeringkan badan. Pada waktu itu, di tempat nenek-nenek itu
sembahyang seperti biasa rakan saya mengambil colok yang jatuh dan buat-buat seperti menghisap rokok secara tiba-tiba dari lubang hidung rakan saya keluar cacing bulat. Saya sangat terperanjat melihat perkara itu. Dahulu di sekolah untuk membuang cacing dalam badan rumpai laut digunakan tetapi. Saya tidak ingat namanya. Rumpai laut direbus dan sup diminum untuk membuang cacing di dalam badan. Selepas minum kami mendapat gula-gula ubat yang sedap. Itulah kali pertama saya makan gula-gula ubat. Setelah minum ubat cacing yang pahit rasa supnya itu kami menerima gula-gula ubat manis sebagai ganjaran.

Kehidupan di sekolah pada waktu itu

Sekolah rendah yang saya pergi mempunyai bangunan beratap jerami tiada lantai hanya tanah yang tidak dilapik. Apabila kami berjalan kotoran akan bertebaran. Pembahagi kelas hanyalah dinding rendah dan suara dari sebelah boleh didengari. Terdapat sehingga 3 kelas, kami selalu mengutip cebisan kertas dari tempat sampah dan meletakkannya di atas tanah atau pasir dekat kaki di dalam kelas, kemudian lawan membaling kertas itu ke kelas sebelah. Jadi atas meja semua orang dipenuhi
pasir dan sampah. Kerap juga kami main seperti itu.

Sejenis penyakit berjangkit dari virus tumbuhan atau sayur pernah merebak bagi mengelakkan perkara tersebut pihak sekolah bertindak. Dengan membawa pelajar dari sekolah ke ladang dan menyuruh kami mengikis bahagian virus tersebut dari pokok.

Selepas itu saya masuk ke Sekolah Menengah Hirara, saya tidak ingat bagaimana keadaan binaan sekolah itu tetapi bangunan sekolah itu ditimpa ribut taufan yang dahsyat. Sejak itu sekolah itu mempunyai dua sesi kelas dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang dan ini berlanjutan sehinggabangunan baru siap.

Saya menyambung ke sekolah menengah tinggi dalam pertanian dan perhutanan tetapi tidak banyak pun kelas mengenai pertanian. Di sekolah itu kami membuat baja kompos. Kawasan ladang sekolah berada berdekatan bangunan sekolah dan Ladang No. 2 berada berdekatan lapangan terbang. Saya membawa baja kompos ke situ. Ladang No. 2 itu seluas 18 hektar. Banyak penanaman tebu dilakukan, semasa mengutip hasil kami tidak membawa bekal makanan kerana kami akan mengutip tebu
sambil makan.

Bekerja di syarikat pelabuhan selepas tamat sekolah menengah tinggi

Selepas tamat belajar selama satu tahun saya tinggal di kampung halaman sendiri duduk tidak buat apa-apa tidak bagus saya rasa. Saya mahu kerjaya yang dapat diterima masyarakat. Pada waktu itu masih lagi di bawah penjajahan AS, jadi saya mahu menjadi penaip mesin ayat Bahasa Inggeris. Ketika itu di Naha terdapat Persatuan Keturunan Okinawa di fasiliti bantuan vokasional itu saya mempelajari cara menggunakan mesin taip. Sesiapa sahaja keturunan situ layak mengikuti kelas. Saya meminta kebenaran ayah untuk ke Naha bagi mempelajari cara guna mesin taip. Kemahiran tersebut sangat membantu untuk mendapat pekerjaan.

Saya mendapat pekerjaan di syarikat pelabuhan di Naha. Permohonan surat kargo dan kastam semuanya mesti ditulis dalam Bahasa Inggeris kerana berada bawah pemerintahan tentera AS. Kargo yang dihantar ke tanah besar Jepun menggunakan kapal akan dianggap sebagai barangan import jadi semua kargo tersebut memerlukan permohonan kastam. Bil muatan bagi kegunaan bank juga perlu dibuat. Untuk membuat dokumen-dokumen tersebut penaip Bahasa Inggeris sangat diperlukan. Walhal muatan yang sedikit yang dinaikkan ke atas kapal juga perlu membuat permohonan kastam untuk mendapat kebenaran dan tidak dibenarkan di angkut tanpa kebenaran. Pada waktu itu, bagi orang Okinawa mereka boleh mendapat pengecualian cukai. Wiski boleh dibawa sehingga tiga botol ke tanah besar Jepun tanpa cukai. Wiski yang dibawa boleh dijual pada harga yang tinggi. Menurut perbualan pekerja-pekerja kapal dengan cara menjual wiski ini sahaja ada orang yang dapat membina rumah.

Bahagian yang paling sukar di pelabuhan ialah pemunggahan kargo kapal ke kapal. Dahulu kerap ada pemindahan kargo kapal ke kapal, sebagai contoh daripada Yaeyama terdapat nanas, dan daripada Miyako terdapat tekstil Miyako Jofu yang dibawa, dan untuk memindahkan ke kapal yang menuju Osaka, dokumen penting perlu disiapkan. Sekiranya terdapat kesalahan daripada orang yang bertanggungjawab pasti menjadi masalah besar. Tambahan lagi pada waktu itu tekstil Miyako Jofu berharga tiga juta yen sebekas dan tiga ratus ribu yen seunit, jadi untuk penghantaran barang mahal ini sekiranya satu kapal terlewat dan kapal pun berlepas, memakan masa seminggu untuk datang semula dan ini akan menjadi masalah. Orang Amerika sering pergi ke Taiwan membeli dan membawa pulang perabot pada waktu itu dan mereka akan datang kepada syarikat pelabuhan kami untuk bertanyakan mengenai prosedur kastam. Tetapi agak sukar buat kami kerana Bahasa Inggeris yang tidak biasa digunakan berbanding barang yang lain. Prosedurnya juga berbeza.

Mesej kepada golongan muda

Hari ini kita hidup mewah dengan makanan. Pada zaman saya kecil makanan sarapan kami hanya nasi dan sup somen. Somen pun tidak banyak hanya sikit saja. Saya bimbang sama ada kanak-kanak pada hari ini boleh hidup atau tidak jika bekalan makanan kita terhenti. Saya fikir penting untuk mengajar tentang kekurangan makanan semasa dan selepas perang di sekolah supaya mereka tahu kepentingan makanan.


Encik Keikichi Yamazato meluangkan zaman kanak-kanaknya di Pulau Miyako. Selepas tamat sekolah menengah tinggi dia berhijrah ke Pulau Okinawa dan bekerja di syarikat pelabuhan di Naha. Selepas perang, sejak dari era pemerintahan tentera AS sehingga bersara beliau bekerja begitu lama menjalankan tugas dalam bidang berkaitan logistik di Okinawa.