Melangkah dari Dunia PeperanganOrang yang terlibat dengan peperangan. Video penerangan semasa dan selepas peperangan

Isteri Nelayan dan Peranan Pentingnya sebagai Suri Rumah

Pn. Hatsuko Otomo

Tarikh Lahir:1935

Tempat Lahir:Pekan Yonaguni

Serangan udara di Kubura

Saya belajar tahun tiga di Sekolah Kebangsaan semasa Perang Okinawa tercetus. Semasa serang udara yang pertama (Serangan Udara 10 Oktober) Saya sangat takut sehingga saya rasa saya akan mati. Pada waktu itu ayah saya merupakan anggota pertahanan boeitai dan tiada di situ. Manakala ibu saya membina pondok berlindung di ladang dan mengangkut barang ke sana. Semasa serangan udara ibu bapa saya tiada jadi saya mengangkat adik perempuan saya di belakang melarikan diri semasa saya sampai di pintu gua perlindungan pesawat tentera Amerika Syarikat tiba. Semasa semua orang dalam kekecohan saya dan adik perempuan saya masuk dan selamat di dalam gua Semasa serangan udara berlaku, bunyi pesawat kedengaran dan saya menoleh ke belakang orang ramai mengangkat tangan dan menjerit “Banzai! Banzai!”. Anggota pasukan keselamatan keluar ke daratan mereka menyangka itu adalah pesawat Jepun, pesawat yang disangkakan pihak sendiri itu melepaskan tembakan jadi semua orang berlari menyelamatkan diri. Terdapat beberapa orang yang terperangkap di antara pokok semasa melarikan diri

Kampung kami terbakar akibat bom pembakar yang dilepaskan. Keluarga saya telah membina pondok di ladang jadi kami melarikan diri ke sana. Keluarga kami antara yang terlebih dahulu membina pondok berlindung, kami menjalani kehidupan di situ. Orang lain pula berlindung di gua dan tempat lain Ramai orang yang mati akibat malaria adalah mereka yang melarikan diri ke gunung. Ibu bapa saya membantu mengangkut orang yang mati akibat malaria dan melakukan upacara pengebumian.

Untuk keluarga saya, ibu saya telah menanam banyak ubi keledek jadi tiada masalah kekurangan makanan. Ayah saya seorang nelayan, semasa kapal orang lain berlabuh dia mengutip kombu, daging dan makanan dalam tin daripada muatan kapal yang berlabuh, kemudian membawa pulang ke rumah untuk dikongsi makan bersama. Oleh kami tidak risau mengenai makanan, hasil ubi keledek juga ada di ladang sendiri.

Semasa serangan udara berlaku kelas di sekolah hanya berlangsung sekali-sekala. Terdapat guru daripada Kubura. Berdekatan ladang kami terdapat tempat keluarnya mata air dekat situ terdapat gua dan sekeliling gua itu terdapat beberapa orang pelajar berkumpul kadang-kadang cikgu datang untuk mengadakan belajar bersama tetapi kelas tidak diadakan dengan kerap.

Perasaan saya semasa tamatnya perang walaupun rumah kami telah terbakar, musnah menjadi padang terbakar, tetapi rumah baru telah dibina, dari pondok perlindungan kami berpindah, akhirnya perang tamat dapat juga pulang ke kampung halaman. Saya tidak fikir tentang sekolah.
Keluarga saya selamat, itu saja sudah cukup. Semasa perang kami terpaksa beberapa kali lari ke gunung kerana cemas akibat peluru meriam, untuk berlindung daripada peluru meriam. Perkara tersebut berulang beberapa kali tetapi saya bersyukur tiada apa-apa terjadi.

Tamatnya perang dan menuju zaman kemakmuran

Sejurus selepas tamat perang, bilangan penduduk di Kubura telah merosot kerana ramai yang mati akibat malaria. Di sekolah terdapat bangunan beratap jerami Sekolah bermula semasa saya darjah 4 kalau tidak silap.

Selepas perang, tidak sampai setahun pun perkembangan pesat ekonomi bermula. Semasa perkembangan pesat ekonomi, keadaan di Kubura sangat meriah. Para nelayan termasuk ayah saya turun ke laut bagi menangkap ikan. Belum cukup setahun selepas perang, perdagangan di antara Taiwan pun bermula. Bot nelayan yang menggunakan pancing serampang pergi sehingga ke Taiwan. Ramai juga orang dari luar pulau
datang untuk bekerja di Kubura. Mereka membina bot besar yang mempunyai dasar badan rata yang digelar sampan. Kapal pada waktu itu tidak dapat masuk ke pelabuhan sekiranya air surut, jadi mereka berlabuh di tengah laut dan menggunakan sampan untuk mengangkut muatan Ramai orang pada waktu itu dan meriah Selepas perang merupakan waktu di mana makanan sukar didapati di mana-mana. Tetapi keadaan berbeza untuk warga Kubura kerana makanan bukanlah masalah. Hanya dengan mengangkut satu muatan sahaja
sudah dapat memperoleh makanan. Kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun turut membantu mengangkut muatan. Saya rasa kita tidak akan merasa kepesatan ekonomi sebegitu buat kali kedua.

Keadaan Kampung Kubura yang makmur

Ayam sangat banyak dan di sana sini orang menternak ayam. Kamasu atau guni berisi beras banyak bertimbun di dalam kampung. Terdapat juga guni yang berisi kacang merah Keadaan Kubura begitu makmur sehingga ayam tidak makan pun beras yang terjatuh. Sini sangat makmur dari segi bekalan makanan jika dibandingkan dengan tempat lain. Setiap rumah menjadi seperti rumah tumpangan dengan tetamu dari Taiwan dan Pulau Utama Okinawa yang datang menginap. Banyak komoditi yang datang dari pulau-pulau di Okinawa. Dari Pulau Utama Okinawa
barangan yang dibawa seperti kot luar, selimut pakaian kerja berwarna khaki milik tentera Amerika. Kebanyakannya barangan tentera Amerika.
Barangan seperti sayur, kacang merah dan rebung kering pula dibawa dari Taiwan. Kami makan rebung kering sehingga bosan. Kami juga makan rebung kering yang telah direbus. Terdapat juga bihun,
tanghun、gula kasar gula berwarna dan gula putih sebagainya. Gula-gula bulat juga ada begitu mewahnya makanan. Air gula dimasukkan ke
dalam tin 18 liter, dan terdapat air gula yang dijual pada pencucuk buluh.

Pada waktu itu, kawasan ini dipanggil “Yataimise Gwa” ada berdozen gerai yang diperbuat daripada papan kayu kayu yang bersaiz dua tikar tatami. Kawasan ini dahulu merupakan pasar komuniti. Orang datang dari Naha, dari Itoman, dari Miyako dan dari pelbagai tempat untuk menjalankan perniagaan. Ramai juga yang berkahwin di sini. Ada beberapa kedai makan berada berdekatan sini di atas bukit, Terdapat juga teater(pondok pentas). Pondok pentas lakonan itu di tapak bekas kilang emping ikan tongkol kering Hotta dan dipasang langsir. Pementasan muzikal pada waktu itu “Watabu Show”, juga dipersembahkan di situ. Terdapat juga rombongan pelakon kembara Kojiro Onaga yang datang ke Kampung Sonai selepas tamatnya perang.

Kanak-kanak kecil turut bekerja sebagai pembawa bagasi. Zaman itu dengan membawa bagasi kecil sudah boleh memperolehi makanan. Sesungguhnya waktu apa sahaja ada. Pada waktu ekonome berkembang pesat, Saya pergi ke sekolah jadi saya tidak pernah mengangkut muatan. Di rumah saya ramai tetamu berkunjung jadi saya membantu ibu bapa. Seingat saya perkembangan pesat ekonomi hanya bertahan sehingga satu hingga dua tahun dan berakhir semasa saya darjah enam di sekolah rendah.

Nelayan Yonaguni selepas perang

Pada waktu itu para nelayan mendapat keuntungan melalui perdagangan dengan Taiwan. Selepas itu ikan tongkol mula menjadi fokus utama aktiviti perikanan. Ketika itu, tanpa perlu memancing ikan mersuji, hanya dengan menangkap ikan tongkol sahaja boleh menjualnya. Mereka menangkap ikan tongkol tanpa perlu bimbang hasil yang tidak terjual kerana terdapat kilang emping ikan tongkol kering. Malah mereka pergi sehingga ke Mekurazone untunk menangkap ikan tongkol yang berhampiran dengan Taiwan. Mereka akan mula keluar menangkap ikan pada dua atau tiga pagi. Kapal pada waktu tidak sepantas kapal nelayan sekarang, jadi mereka tidak sempat ke lubuk ikan sekiranya tidak bangun awal. Mereka hanya akan menangkap ikan sehingga bulan Oktober sahaja kerana laut akan bergelora pada musim sejuk.

Hidup bersama suami seorang nelayan

Waktu kami berkahwin, suami masih menjalankan aktiviti menangkap ikan tongkol selepas itu dia mula menangkap ikan mersuji menggunakan serampang. Suami saya berfikir untuk melakukan kerja lain jadi dia mengupah kapten dan tujuh hingga lapan kelasi lain. Dia akan pergi ke Pulau Ishigaki untuk menangkap ikan mersuji dan membeli ais, lalu ikan mersuji yang ditangkap boleh disimpan selama beberapa hari dan menjualnya sehingga ke pulau Miyako. Suami saya suka berniaga pelbagai jenis perniagaan difikirkannya. Dia juga pergi menjual ke Pulau Ishigaki dan beli membawa pulang peti sejuk yang dipasangnya sendiri. Troli juga dibelinya dan kami suami isteri bersama-sama mengangkut ikan mersuji.

Kerjanya berat tetapi saya juga bekerja keras tidak kalah kepada lelaki Kami akan meletakkan ikan mersuji ke atas troli menolaknya sehingga ke stor perutnya dibuang dan digantung di tiang penyidai. Suami saya akan membawa kepala dan saya akan membawa bahagian yang lebih ringan iaitu ekor. Ikan mersuji akan disimpan dalam peti ais sehingga kami menjualnya. Apabila kapal suami saya berlabuh, kami akan menaikan ais baru dan terus menggantikannya. Disebabkan kapal yang digunakan sekarang kecil kami membeli kapal induk. Kami banyak bertungkus lumus kerana suami saya memulakan pelbagai jenis pekerjaan. Di rumah, saya juga mempunyai ramai anak.

Transformasi kehidupan sebagai nelayan

Semasa saya mula berkahwin dengan suami saya dia hanya memiliki dua atau tiga bot serampang, tetapi kini bot serampang di pulau ini sahaja lebih 20 buah. Selepas era perkembangan pesat ekonomi, disebabkan peluang pekerjaan besar-besaran tiada lagi pekerja bot, orang muda mula keluar dari pulau untuk kerja di tanah besar Jepun. Tiada lagi pekerja di bot serampang suami. Hanya tinggal suami saya jadi dia menjual bot serampang. Saya rasa nelayan lain menghadapi perkara yang sama. Selepas itu bot zaman sekarang diperbuat daripada plastik yang diperkuat. Jadi orang mula boleh menangkap ikan mersuji seorang diri. Pada waktu itu terdapat juga orang yang menyambung pelajaran di Pulau Yonaguni tetapi ramai yang terus bekerja selepas tamat sekolah menengah. Pada waktu dahulu ramai orang muda bercita-cita untuk menjadi kelasi atau tukang masak.

Dahulu kapten perlu mencapai tangkapan yang banyak untuk membayar pekerja kapal jadi agak sukar. Untuk mendapat hasil yang banyak kapten perlu bertungkus lumus dan bekerja keras untuk membayar tujuh hingga lapan pekerja dan menyara keluarga. Kapal zaman sekarang dilengkapi radio tetapi dahulu hanya bergantung pada kompas. Hari ini kita ada ramalan cuaca jadi kita tahu ketinggian ombak sebelum ke tempat ikan. Pada waktu dulu, keadaan lautan tidak bergelora barulah mereka keluar dan apabila apabila laut mula bergelora mereka pun pulang ke pelabuhan. Sekiranya mereka tiada pilihan untuk mengelak, mereka akan pergi sehingga ke Taiwan dahulu.
Seandainya mereka tidak pulang itu bermaksud mereka sedang terkandas. Suami saya juga pernah terkandas sekali sehingga di Taiwan sebelum kami berkahwin. Dengan mengikut aliran arus hanya akan hanyut sehingga ke Taiwan. Pada waktu dulu tiada lagi telefon jadi sekiranya suami tidak kembali kami tidak pasti sama ada dia masih hidup atau mati. Apabila mereka keluar ke laut keluarga dan saudara mara akan berkumpul dan berdoa di rumah memohon agar tiada apa-apa terjadi dalam perjalanan.

Mesej kepada golongan muda

Saya cuma berharap agar manusia di dunia ini hidup harmoni. Saya tidak mahu perang berlaku sekali lagi. Saya fikir semua orang perlu baik hati dan bukannya memulakan perang dan menjadikan dunia yang lebih baik merupakan perkara yang paling utama. Saya mahu semua kanak-kanak membesar dengan hati yang baik.


Puan Hatsuko Otomo masih lagi menjalankan aktiviti sebagai orang tengah dalam jualan ikan di pelabuhan Kubura. Suaminya Encik Tokuzo merupakan pemilik kapal dan
memiliki beberapa buah kapal serampang untuk menangkap ikan mersuji. Semasa zaman perkembangan pesat ekonomi beliau belayar ulang alik dari pesisir laut timur Taiwan dan pulau Yonaguni.