Kebangkitan selepas peperangan
Akibat tercetusnya peperangan besar, penduduk awam di wilayah ini telah digerakkan sepenuhnya sehingga menjadikannya medan peperangan, turut berlaku kehilangan nyawa berharga dalam anggaran seramai tiga ratus ribu orang serta kemusnahan warisan dunia yang tiada ganti. Setelah menempuh alam peperangan yang umpama neraka ini, orang ramai meneruskan hidup walaupun mendapat kelukaan dahsyat luar dan dalam akibat kesedihan kerana kehilangan keluarga yang disayangi. Harta benda dan punca pendapatan untuk meneruskan hidup turut lesap.
Selepas tentera Amerika Syarikat mendarat di Okinawa, pusat penempatan orang awam dan pusat tahanan tawanan telah didirikan, oleh itu orang awam dan tentera yang ditangkap telah ditempatkan secara berasingan. Sebahagian besar orang awam yang dimasukkan ke tahanan dengan memakai pakaian sendiri. Meskipun kami dibekalkan cukup-cukup sahaja makanan, pakaian, khemah, ubat-ubatan dan sebagainya namun, masalah kekurangan bekalan makanan yang serius masih berlaku. Sentiasa terdapat orang yang tercedera semasa perang yang dihantar ke khemah tahanan. Disebabkan rawatan yang tidak mencukupi, lebih ramai lagi orang yang terkorban akibat luka selepas perang yang semakin teruk, malaria, penyakit berjangkit dan kekurangan nutrisi.
Bermula dari Oktober 1945, tentera A.S. tidak lagi diperlukan dan sebahagian kawasan mula dibebaskan dan penduduk Okinawa dibenarkan untuk pulang dari kem tahanan ke rumah asal mereka. Setelah berbulan-bulan ditinggalkan, tempat asal masing-masing dapat dipijak semula tetapi pemandangannya merupakan padang jarak padang tekukur ditambah dengan rangka manusia yang lapuk terbiar. Sambil meratapi kehilangan mereka yang terkorban, rangka yang sudah tidak dapat lagi dikenal pasti identitinya itu dikumpul dan didirikan tugu peringatan.
Demi membangunkan semula tempat kediaman yang musnah akibat perang ini, pertama sekali ialah menjamin sumber bekalan makanan, kemudian mengutip buang peluru serta sisa senjata untuk membina semula rumah masing-masing. Segalanya bermula dari kosong. Namun, terdapat kampung halaman yang menjadi markas tentera, lapangan terbang dan pelabuhan tentera dan telah dikelilingi kawat duri dan menjadi kawasan larangan.
Walaupun menghadapi situasi yang sedemikian sehingga dalam kekecewaan yang tidak terhingga, penduduk Okinawa masih meneruskan langkah usaha mereka sedikit demi sedikit. Barangan kegunaan harian yang dibekalkan oleh tentera A.S. tidak mencukupi jadi kami mencuri dari bekalan tentera A.S. yang kami anggap sebagai “hasil perang”, kami juga melakukan tugasan tentera untuk menampung kehidupan. Selain itu, kami menggunakan sisa-sisa katrij dan rangka senjata api di sekeliling kami, kemahiran digunakan untuk membuat barang dan peralatan keperluan seharian. Sekolah pula tidak mempunyai bangunan tetapi menggunakan ruangan terbuka sebagai kelas untuk pendidikan selepas perang. Semua orang berjaya mengatasi kesedihan dan penderitaan yang dahsyat dan bertungkus lumus membangunkan semula tanah air mereka.
Mengenai video penerangan daripada orang yang terlibat dengan peperangan
Laman sesawang ini mempunyai video temu bual daripada 30 individu yang pernah merasai zaman sebelum perang sehinggalah zaman pembangunan semulsa selepas perang. Dari Pulau Utama Okinawa sehingga pulau sekeliling, Tanah Besar Jepun, Taiwan, Saipan, Manchuria dan tempat-tempat lain, orang-orang yang pernah menghadapi zaman peperangan serta mengerah tenaga dalam pembangunan semula selepas peperangan memberi penerangan mengenai masyarakat yang mengalami kebinasaan dan bangun semula dari putus asa sehinggakan tenaga dan nafasnya boleh dihayati kita semua.
Orang yang pernah terlibat dalam zaman peperangan semakin berkurangan jadi bagi mengabadikan memori tersebut, sekali kami semua berusaha menjejaki semula kerana pentingnya menyimpan kisah ini.